Majlis Berbuka Puasa & Sembahyang Tarawih Kumpulan Suria

Kumpulan Suria telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Sembahyang Tarawih bersama kakitangan dan penduduk kampung Kg Gentisan dan Kg Kuala di perkarangan Masjid Al-Ikhwan, Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar pada 5 Jun 2017, Isnin baru-baru ini bersamaan dengan 10 Ramadhan 1438H.

Dalam Majlis tersebut, Pengerusi Suria Capital Holdings Bhd, Datuk Hj. Faisyal Datuk Yusuf Hamdain Diego telah menyampaikan cek sumbangan Kumpulan Suria untuk Pusat Khidmat Masyarakat DUN Karambunai kepada En. Roslan Lalim, mewakili ADUN Karambunai, YB Datuk Jainab DSP Ahmad Ayid.

Majlis dihadiri oleh lebih kurang 350 orang terdiri dari pengurusan, kakitangan dan penduduk kampung.  Turut hadir ialah Datuk Karim Bujang, Pengerusi, Sabah Ports Sdn. Bhd., Puan Ng Kiat Min, Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah, En. Maisuri Baseri.

Visit Gallery

Date: 
05 June 2017