Majlis Makan Malam Penghargaan Pelanggan

Majlis makan malam untuk pelanggan Pelabuhan Lahad Datu (Customers Appreciation Night 2013) telah dihadiri para tetamu yang terdiri daripada wakil Pejabat Daerah, Jabatan Marin, Jabatan Kastam, Agen dan Consignee Pelabuhan Lahad Datu dan Kunak. Anugerah “Top Customer Award” telah dimenangi oleh KLK Premier Oil dan Kunak Refinery masing-masing untuk Pelabuhan Lahad Datu dan Kunak. Anugerah berkaitan diberikan untuk menghargai sumbangan pengguna-pengguna pelabuhan yang setia berurusniaga dengan Pelabuhan Lahad Datu dan Kunak sepanjang tahun 2012.

Date: 
17 May 2013