Majlis Penyerahan Kuih Muih Hari Raya Aidilfitri 2014 Kepada Anggota Keselamatan

Suria Capital Holdings Berhad telah menderma 16 kotak berisi kuih muih Hari Raya kepada 8 agensi Anggota Keselamatan Negeri bagi menghargai bakti pasukan keselamatan yang bertugas pada musim perayaan Hari Raya. Majlis ini merupakan anjuran Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Asnimar Hj Sukardi. Selain daripada majlis, Bazaar Ramadhan juga telah berlangsung bagi membantu isteri dan keluarga anggota keselamatan. Majlis telah disempurnakan oleh YAB, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Yayasan Sabah.

Date: 
17 July 2014