Majlis Penyerahan Kuih Muih Hari Raya Aidilfitri 2015 kepada Anggota Keselamatan

Majlis Penyerahan Kuih-Muih Hari Raya Aidilfitri kepada Anggota Pasukan Keselamatan di Sabah telah diadakan di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha, Likas, Kota Kinabalu. Suria Capital Holdings Berhad telah menderma 18 kotak berisi kuih muih Hari Raya kepada 9 agensi Anggota Keselamatan Negeri bagi menghargai bakti pasukan keselamatan yang bertugas pada musim perayaan Hari Raya. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, YB Datuk Sri Panglima Haji Hajiji bin Haji Mohd. Noor yang mewakili YAB Ketua Menteri Sabah.

Date: 
02 July 2015