Majlis Penyerahan Kuih-Muih kepada Anggota Keselamatan Negeri Sabah

Seperti pada tahun-tahun sebelumnya, pada tahun 2020 ini juga Suria Capital Holdings Berhad telah menderma sebanyak 18 kotak berisi kuih muih Hari Raya Aidilfitri kepada 9 agensi Anggota Pasukan Keselamatan Negeri Sabah sebagai penghargaan jasa bakti anggota pasukan keselamatan yang bertugas pada musim perayaan Hari Raya.

Majlis Penyerahan Kuih Muih Hari Raya ini berlainan daripada tahun-tahun sebelumnya, oleh kerana wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) tidak ada majlis besar-besaran seperti sebelumnya. 

Satu majlis tertutup berlangsung hanya dihadiri oleh seorang wakil syarikat telah diadakan dan telah disempurnakan oleh YAB, Datuk Seri Panglima Shafie Afdal, Ketua Menteri Sabah di Auditorium Tun Ahmad Raffae pada Khamis, 14hb Mei 2020.

Agensi-agensi Anggota Pasukan Keselamatan terdiri daripada Polis Di Raja Malaysia, Tentera Laut Di Raja Malaysia, Tentera Udara Di Raja Malaysia, Tentera Darat, Angkatan Tugas Bersama 2, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penjara, Malaysia dan ESSCOM (Eastern Sabah Command).

Visit Gallery

Date: 
14 May 2020