Pelancaran ‘5s’ Sabah Ports – Selamat & Berkesan

Pelancaran ‘5S’ Sabah Ports Sdn. Bhd. telah diadakan di Ibu Pejabat SPSB, Teluk Sapangar bertemakan ‘Berkesan & Selamat’ atau ‘Safe & Effective’ kerana Sabah Ports komited terhadap keselamatan dan keberkesanan kerja di pelabuhan dan di Ibu Pejabat. Hadir pada upacara pelancaran ialah Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Dr. Mohd. Fowzi Hj. Razi, Ketua Pegawai Eksekutif, En. Mohd. Sahid Hj. Nawab Khan, Pengurus Besar, Pn. Siti Noraishah Azizan, Pengurus Sistem Kanan (Sistem & Perancangan), En. Mohd. Dahlan selaku Pengerusi Penganjur AJK ‘5S’. Disamping itu, ketua-ketua jabatan dari Ibu Pejabat serta pengurus-pengurus pelabuhan dari kesemua Pelabuhan juga telah turut hadir bersama menyaksikan upacara pelancaran itu.

Date: 
19 April 2013