Suria Capital Menyumbang RM50, 000 Kepada Rumah Anak Yatim Yayasan Jamae’ah (Rayyaj), Tawau

Datuk Dr. Mohd Fowzi menyerahkan cek kepada Datuk Osman Jamal, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur selaku penasihat RAYYAJ.

Datuk Dr. Mohd Fowzi menyerahkan cek kepada Datuk Osman Jamal, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur selaku penasihat RAYYAJ.

Pada 17 Mac 2012, Suria Capital Holdings Berhad (SCHB), menyampaikan sumbangan cek bernilai RM50,000.00 kepada Rumah Anak Yatim Yayasan Jamae’ah (RAYYAJ), Tawau. Sumbangan cek ini adalah salah satu daripada Tanggungjawab Sosial Korporat syarikat kepada masyarakat, untuk pembinaan Surau dan ruang pejalan kaki untuk RAYYAJ. Majlis telah diadakan di tapak Masjid RAYYAJ di Bombalai, Tawau. Selan dari pembinaan surau dan ruang pejalan kaki, RAYYAJ telah dilengkapi dengan sebuah sekolah dan bakal membina asrama yang mampu menempatkan 100 kanak-kanak.

En. Subardjoe Durasit, Pengurus Pelabuhan Tawau dan kakitangan turut menemani rombongan SCHB yang terdiri daripada Datuk Dr. Mohd Fowzi Hj. Razi, Pn. Ng Kiat Min, En. Azman Amarashikin (Suria Bumiria) Datin Mariam Mahmun dan Norafedah Jamlin (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi, SCHB)

Date: 
17 March 2012