Suria Menyumbang Di Majlis Penyerahan Kuih Muih Hari Raya Kepada Anggota Keselamatan

Majlis Penyerahan Kuih Muih Hari Raya kepada Anggota Keselamatan merupakan acara tahunan anjuran Pejabat Timbalan Setiausaha Negeri (Pentadbiran). Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada usaha-usaha pasukan keselamatan dalam menjaga keamanan tanah air.Sebanyak 26 agensi dari Jabatan Kerajaan Negeri & Persekutuan, Syarikat berkaitan Kerajaan, badan berkanun dan Persatuan Wanita telah menderma kepada 8 jabatan pasukan keselamatan.

Majlis telah diadakan pada 7 Ogos 2012 di Audirotium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha dan telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. Sumbangan dari Kumpulan Suria telah disampaikan oleh YBhg Datuk Dr Mohd Fowzi Hj Razi, Pengarah Urusan Kumpulan kepada YAB Ketua Menteri Sabah.

Date: 
07 August 2012