Seperti pada tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ini juga Suria Capital Holdings Berhad telah menderma sebanyak 18 kotak berisi kuih-muih Hari Raya Aidilfirti kepada 9 agensi Anggota Keselamatan Negeri Sabah sebagai penghargaan jasa bakti anggota pasukan keselamatan yang bertugas pada musim perayaan Hari Raya.
Majlis Penyerahan Kuih-Muih Hari Raya ini merupakan anjuran Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, iaitu Datuk Asnimar Haji Sukardi. Seperti lazimnya, Bazaar Ramadhan juga telah berlangsung bagi membantu para isteri-isteri dan anggota pasukan keselamatan.
Majlis telah disempurnakan oleh YAB, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah di Auditorium Tun Ahmad Raffae.