Corporate Social Responsibility

Majlis Penyerahan Kuih Muih Hari Raya Aidilfitri kepada Anggota Keselamatan Pasukan Keselamatan dan Petugas Kesihatan

Seperti pada tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ini juga Suria Capital Holdings Berhad telah turut serta untuk menyumbang kuih muih hariraya kepada anggota pasukan keselamatan, tetapi pada tahun ini terdapat penambahan kepada penerima sumbangan. Sebanyak 12 agensi termasuk dengan penambahan 3 penerima agensi yang baru iaitu daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Sabah.

Pada tahun ini, sebanyak 24 kotak berisi kuih muih Hari Raya Aidilfitri kepada 12 agensi Anggota Pasukan Keselamatan Negeri Sabah dan Petugas Kesihatan sebagai tanda penghargaan jasa bakti kepada mereka yang bertugas pada musim perayaan Hari Raya.

Satu majlis tertutup telah diadakan dan telah disempurnakan oleh YAB, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah di Dewan Bankuasi, Aras 26, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah pada Khamis, 29hb April 2021.

Agensi-agensi Anggota Pasukan Keselamatan yang menerima sumbangan terdiri daripada Polis Di Raja Malaysia, Tentera Laut Di Raja Malaysia, Tentera Udara Di Raja Malaysia, Tentera Darat, Angkatan Tugas Bersama 2, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penjara, Malaysia, ESSCOM (Eastern Sabah Command), Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Sabah.

Majlis Penyerahan Kuih Muih Hari Raya ini merupakan anjuran Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, iaitu YBhg. Datuk Masnah Matsalleh. Seperti pada tahun lepas, oleh kerana wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang melanda keseluruh dunia sekarang ini, tidak ada majlis besar-besaran seperti sebelumnya.

Date:

29 April 2021​